Seawal jam 8.00 pagi sudah kelihatan
ibubapa bersama pelajar sudah berkumpul untuk mendengar sesi taklimat dan
seterusnya untuk sesi pendaftaran. Ada yang kelihatan seronok dapat memulakan
sesuatu yang baru dan di tempat baru dan ada juga yang kelihatan sugul kerana
terpaksa berpisah dengan ahli keluarga untuk jangka masa yang panjang.
Program pada pagi itu telah dimulakan
dengan taklimat daripada Puan Halimaton Saadiah binti Mohd Nawawi selaku
Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah. Pelbagai maklumat telah disampaikan oleh
pengetua bagi memberi gambaran awal kepada ibubapa dan para pelajar tentang
aktiviti-aktiviti asrama, program pendidikan dan sebagainya. Seusai taklimat
ibubapa dan pelajar telah mengambil tempat untuk sesi pendaftaran dan akujanji
bersama pengetua.
Majlis pendaftaran ini berakhir
sekitar jam 2.00 petang dengan semua pelajar ke surau bagi menunaikan solat
fardhu zohor secara berjemaah.
![]() |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang wakil pelajar iaitu Ameer Danial bin Rosfadeley |
![]() |
Ucapan aluan dan taklimat awal kemasukan dan pendaftaran pelajar oleh Puan Halimaton Saadiah binti Mohd Nawawi selaku Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah |
![]() |
Barisan pelajar baru yang mendaftar ke Asrama Kasih YBK Serendah |